Asri Hamidin Diumum Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baru

Datuk Asri Hamidin dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuatkuasa pada 1 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah tamat kontrak perkhidmatannya.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pelantikan Asri, 54, berkuat kuasa hari ini

Beliau memaklumkan, Asri berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Hiroshima, Jepun serta telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun.

“Jawatan pertamanya dalam perkhidmatan awam adalah Penolong Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Jun 1994,” katanya.

Asri juga berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan strategik termasuk pernah menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan.

Jawatan utama yang pernah disandang adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Penswastaan.

“Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat menerajui Kementerian Kewangan untuk meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara yang cekap, telus dan berkesan.

“Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Ahmad Badri atas jasa dan khidmat bakti beliau kep

BBerkaitan

Latest articles