ASEAN 2025: Anwar Bertemu Thaksin Bincang Situasi Myanmar, Mata Wang Kripto

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, yang kini mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal kepada Pengerusi ASEAN.

Pertemuan ini membincangkan pelbagai isu penting, termasuk situasi semasa di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto dalam landskap ekonomi serantau.

Anwar berkata pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

 

“Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura George Yeo,” kata beliau menerusi catatan di Facebook.

“Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura George Yeo,” kata beliau menerusi catatan di Facebook.

Pada 16 Dis lepas, Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Jan, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

BBerkaitan

Latest articles