AS, UK, EU Jelas Subahat Dengan Israel

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kesatuan Eropah (EU) bersubahat dengan Israel dengan memberi sokongan penuh untuk melakukan jenayah perang terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Tegas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, penggunaan bom fosforus putih ke atas penduduk Gaza, adalah antara jenayah perang yang ditelah dicabuli Isreal.

“Israel melakukan jenayah perang, dan AS, EU, UK secara berkesan melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap tindakan Israel.

“Menjatuhkan hukuman kolektif ke atas orang awam, pemindahan paksa dan penggunaan haram fosforus putih adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas,” tegas beliau.

Beberapa bukti menunjukkan Israel menggunakan bom fosforus putih yang akan membakar kulit dan tubuh manusia secara berterusan, termasuk menyebabkan kecederaan serta-merta pada paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang.

Fosforus putih juga boleh mengakibatkan api yang marak dan cepat merebak di atas tanah, malah dalam beberapa laporan, apinya didakwa amat sukar untuk dipadamkan apabila dinyalakan.

Selain itu Israel turut mengeluarkan arahan supaya penduduk di utara Gaza untuk meninggalkan zon berkenaan dalam tempoh 24 jam dan dilaporkan aset negara itu telah berada di sempadan wilayah Palestine tersebut.

“Kita memerlukan gencatan senjata segera untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.

“Kita mesti memastikan pemulihan perkhidmatan asas dan penyampaian bantuan kemanusiaan. Mereka mesti dibenarkan pulang dengan selamat ke rumah mereka,” katanya di platform X.

Sejumlah 300 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lalu.

Sejak perang bermula 7 Oktober lalu sejumlah 2,224 penduduk Palestine dibunuh regim Zionis dan 8,744 cedera.

BBerkaitan

Latest articles