As Safa Travels Lancar Kempen Tawaran Pakej Umrah Ekonomi 2025

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali Umrah dan Haji, As Safa Travels & Tours Sdn. Bhd memperkenalkan kempen baharu pakej Umrah Ekonomi 2025, Pakej Premium dan Badal Haji bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji di Malaysia.

Pengarah Eksekutif As Safa Travels, Ustaz Hj Mad Roslan Mohammad Jaafar, berkata menerusi kempen ini As-Safa Travels memperkenalkan pakej Umrah Ekonomi 2025 dengan harga RM 5,990 untuk 8 hari 10 malam, termasuk penerbangan Air Arabia dan penginapan di hotel dekat Madinah dan Mekah.

Katanya, pakej ini dijadualkan pada bulan Februari dan April 2025, dengan Ustaz Roslan sebagai mutawwif.

Selain itu, syarikat juga menawarkan pakej Badal Haji 2025 dengan harga RM 5,500 yang terhad kepada 50 peserta sahaja.

“Dengan harga di bawah RM10,000, jemaah dapat menikmati kemudahan dan keselesaan di mana hotel berjarak dekat dengan masjid. Malah kami sediakan perkhidmatan tren secara percuma.

“Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun apa yang ditawarkan, itulah yang akan dinikmati jemaah apabila menunaikan umrah nanti,” katanya pada majlis pelancaran kempen baharu itu, semalam.

Pengarah Eksekutif As Safa Travels, Hj Md Roslan Mohammad Jaafar

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar As-Safa Travels & Tours Sdn. Bhd., Ustaz Haji Mohammad Ahyat Md Roslan dan Ketua Pegawai Operasi As-Safa Travels & Tours Sdn. Bhd., Haji Mohd Zamri Mohd Shaffie.

Menegaskan bahawa hukum umrah adalah diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya, jelas Ustaz Roslan lagi, haji dan umrah merupakan satu pengorbanan yang dituntut.

“Harganya murah dan tidak membebankan jemaah untuk berulang alik dari hotel ke masjid semata-mata untuk pakej makanan. Kami mahu jemaah manfaatkan masa beribadah dan sempurnakan solat lima waktu di masjid,” ujarnya lagi.

Dengan pelancaran kempen ini, As-Safa Travels berharap dapat menarik lebih ramai bakal jemaah untuk memilih mereka sebagai rakan perjalanan ibadah mereka.

Syarikat yakin bahawa dengan pendekatan yang berfokus kepada pelanggan dan pengalaman lebih 30 tahun Ustaz Roslan dalam industri Umrah dan Haji, mereka dapat memenuhi harapan jemaah dalam menjalani ibadah Umrah dan Haji dengan penuh ketenangan.

Malah beliau turut menerima panggilan ke Tanah Suci lebih 30 kali sama ada ketika berkhidmat dengan Tabung Haji Travel mahupun syarikat-syarikat lain.

BBerkaitan

Latest articles