Ariff Tolak Usul Mahathir untuk Mengekalkan Kedudukan Speaker Sehingga Habis Penggal

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dimohon Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Melalui kenyataan rasmi yang dilihat TRI, Tan Sri Dato Mohamad Arif menolak usul yang dikemukakan Tun Mahathir iaitu membuat ketetapan bahawa Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal ini dikekalkan sehingga dewan yang mulia ini dibubarkan di bawah peraturan mesyuarat 4 dalam peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Katanya surat pemberitahuan usul yang bertarikh 4 Mei 2020 itu hendaklah dikemukan dan mematuhi peruntukan Peraturan mesyuarat 27 dan selepas meneliiti usul berkenaan ianya tidak menepati peaturan mesyuarat.

” Dalam Hal ini, saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YABhg  Tun dan mendapati ia tidak dikemukakan di bawah peraturan mesyuarat 27″

“Oleh hal yang demikian, saya tidak membenarkan usul YABhg. Tun ini dibawa ke dalam majlis mesyuarat” katanya lagi.

Semalam tular beberapa usul yang dimohon oleh Ahli Parlimen Semporna dan juga Langkawi yang mahukan usul mencabar kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun dia telah menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Semporna itu manakala status usul yang dimohon oleh Tun Mahathir masih belum diketahui statusnya.

Dewan Rakyat akan memulakan sidangnya pada 18 mei ini dan ianya berlangsung selama sehari- TRI

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles