Arab Saudi Setuju Lulus 31,600 Kuota Haji

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan kerajaan Arab Saudi bersetuju memperuntukkan sebanyak 31,600 kuota haji untuk tahun ini.

Menurut beliau, keputusan itu disampaikan Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabia kepadanya dalam mesyuarat khas sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 semalam.

Malah, mesyuarat anjuran Kerajaan Arab Saudi itu membincangkan aspek persiapan musim haji tahun 1444H/2023M.

“Sukacitanya dimaklumkan, kuota haji Malaysia yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Bukan itu sahaja, Dr. Na’im juga memberitahu bahawa kerajaan Arab Saudi memuji negara ini khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

Sehubungan itu TH perlu sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini.

“Saya yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal-bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun Islam yang kelima,” katanya.

“Saya mohon kepada semua umat Islam dapat bersama berdoa kepada Allah agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan semoga TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles