Ara Johari, Mustaqim Bantu Kempen Calon BN Sepang

SEPANG: Kesibukan dengan tugas serta jadual yang padat tidak menghalang dua artis untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepang, Anuar Basiran berkempen dan bertemu pengundi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sini hari ini.

Dua artis itu terdiri dari pelakon drama, Mustaqim Bahadon dan penyanyi dari program realiti, Akademi Fantasia 2016 (AF 2016),Nurffarah Izzatie Johari atau lebih dikenali Ara Johari.

Mereka kelihatan gembira pertama kali diberi peluang berkempen bersama calon kerana dapat berdamping bersama pengundi dari semua golongan.

Mustaqim berkata, meskipun sibuk dengan tugasan namun beliau berkesempatan untuk turut serta terutama dalam mengatur jadual harian bagi membantu calon.

Katanya, beliau sangat teruja menyertai aktiviti kempen BN kerana sebagai rakyat kena bijak memilih pemimpin berwibawa dan boleh mentadbir negara.

“Pengalaman berkempen pada PRU-15 ini amat unik kerana persainganya sangat hebat berbanding PRU sebelum ini,”katanya kepada media ketika mengadakan kempen BN di Klinik Kesihatan Salak di sini hari ini.

Sementara itu Ara berkata, PRU-15 memberikan peluang kepadanya untuk merasai pengalaman berkempen dan menyarankan
pengundi memilih wakil rakyat BN yang dapat membantu serta membuat perubahan kehidupan rakyat.

Menurutnya,kita perlu cari pemimpin yang bertanggungjawab dan membentuk kerajaan yang kukuh supaya tidak tersalah pilih dan berhadapan impak besar
untuk lima tahun akan datang.

“Walaupun sedikit meletihkan namum aktiviti disertai ini memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan, “katanya.

Semalam, bekas vokalis kumpulan rock Lefthanded, Datuk Nasharudin Elias atau lebih dikenali Nash turut berkempen untuk BN mengiringi Anuar berkempen di Dengkil, Kampung Olak Lempit dan Labohan Dagang.

BBerkaitan

Latest articles