More

    Apandi: Sri Ram Tak Berani Dedah Bukti Salah Laku Najib

    Meskipun mendesak dirinya untuk menahan dan menuduh Datuk Seri Najib Razak di mahkamah, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram langsung tidak pernah mendedahkan bukti untuk tindakan itu dilakukan terhadap ‘domain awam’.

    Pendedahan ‘Tangkap Najib’, Apandi Fail Afidavit Terhadap Sri Ram

    Sri Ram Nafi Kenyataan Apandi

    Bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata demikian merujuk kepada respon Sri Ram pada Selasa lalu yang kononnya beliau telah menasihati Apandi untuk mengambil tindakan perundangan atas kapasiti jawatannya.

    ‘Domain awam’, menurut Apandi, digunakan Sri Ram secara longgar kerana tidak berani menyentuh kandungan perbualan sebenar yang berlaku di antara kedua-duanya ketika pertemuan pada Januari 2018.

    Ini merupakan dakwaan terbaru Apandi sebagai menyokong afidavit yang difailkannya untuk menyokong penyingkiran Sri Ram sebagai pendakwa raya di dalam perbicaraan kes melibatkan bekas perdana menteri itu.

    Selasa lalu, Sri Ram tampil mempertahankan dirinya dan mengakui perjumpaan di kediaman Apandi pada Januari 2018 dengan mengatakan Apandi dan isteri, Puan Sri Faridah Begum KA Abdul Kader menjadi sasaran tentera siber yang mendakwanya sebgaia tidak cekap, tidak setia dan terlibat dalam salah guna kuasa.

    Menjelaskan hal itu, Apandi berkata dirinya terkejut dengan dakwaan Sri Ram, selain berkata perkara itu sengaja direka cipta.

    “Saya percaya Sri Ram hanya mengada-adakan cerita ini berdasarkan kenyataan ringkas yang ditulis dalam terbitan Facebook saya bahawa saya diserang oleh cybertrooper daripada kedua-dua belah pihak, tetapi naratif beliau tidak pernah menjadi subjek perbincangan pada perjumpaan tersebut.

    “Saya sememangnya tidak pernah menuduh bahawa cybertrooper pemohon (Najib) menyerang saya. Sri Ram juga tidak pernah memberikan sebaranga alasan atas sebab apa saya diserang,” katanya dalam afidavit seperti yang dilaporkan FMT.

    Apandi dalam pada itu mendedahkan bahawa Sri Ram sentiasa mendesaknya untuk menahan dan mendakwa Najib, dan percaya tindakan itu dilakukan kerana perasaan ‘selesa’ sesama mereka, dan ini dikuatkan dengan satu mesej Sri Ram di Whatsapp.

    “Mesej terakhir daripada Sri Ram ini merupakan satu peringatan oleh beliau ataupun satu kesalan bahawa saya sebenarnya boleh menyelamatkan diri saya dan sambung tugas sebagai peguam negara jika menuruti nasihat beliau yang disampaikan daripada Tun Mahathir supaya menangkap serta mendakwa pemohon (Najib).

    “Berdasarkan juga daripada perbualan WhatsApp di antara Sri Ram dengan saya serta perbualan pada hari perjumpaan tersebut, saya percaya saya telah diberhentikan sebagai peguam negara pada 4 Jun 2018 kerana tidak menuruti permintaan mereka,” ujarnya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini