Apakah Pembebasan Guan Eng Dulu Juga Babitkan PM-7 ? Soal Azalina Kepada Wiliam Leong

Adakah keputusan yang dibuat oleh Mantan Peguam Negara terhadap Bagan turut membabitkan Perdana Menteri Ke-7 soal Ahli Parlimen Pengerang kepada YB Selayang malam ini.

Menerusi laman sosial Facebooknya, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga mantan Menteri yang berkaitan undang-undang dan parlimen menyoalkan artikel yang diterbitkan Focus Malaysia yang memetik Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong berkaitan isu pembebasan tanpa dilepaskan Riza Aziz itu.

“ YB Selayang, saya khuatir kenyataan/soalan yang ditujukan kepada YAB PM itu bak kata “menjolok sarang tebuan”. Izinkan saya merujuk kepada keputusan mantan Pendakwa Raya untuk ‘nolle prosequi’ terhadap YB Bagan pada 2 Ogos 2018 “

“Adakah PM7 terlibat dalam keputusan itu? Pasti tidak kan? Atau mungkin anggapan saya salah? Saya yakin saya tidak perlu mengingatkan YB mengenai prinsip pemisahan kuasa antara Eksekutif, Kehakiman dan Badan Perundangan, kan?” tulisnya lagi

Di dalam artikel yang diterbitkan portal berkenaan William Leong Jee Keen (Anggota Parlimen Selayang) telah meminta Perdana Menteri untuk menjawab melalui pernyataan umum adakah Perdana Menteri menyetujui kesepakatan tawar-menawar pengadilan berikutan pembebasan Riza Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat 1MDB.

Baca :- BEKAS KP SPRM DESAK SRI RAM JAWAB TAWARAN PENYELESAIAN KES RIZA

Soalnya apakah keadilan akan diperoleh dan aturan undang-undang dipatuhi oleh pemerintah Perikatan Nasional berkenaan dengan kes-kes rasuah, pencucian wang dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan berbilion-bilion ringgit wang rakyat.

Baca :- AG: KEPUTUSAN DNAA RIZA DIBUAT LEPAS DAPAT TAKLIMAT DPP

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 mei 2020 telah melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan untuk DNAA susulan beberapa representasi difailkan tertuduh terhadap pertuduhan dihadapinya.

Untuk rekod Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum ini telah membebaskan bekas ketua menteri Lim Guan Eng daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam.

Turut dibebaskan ialah seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon.

hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan untuk membebas dan melepaskan Lim serta Phang daripada tuduhan berkenaan.

Katanya permohonan tersebut tidak dapat diterima kerana pihak pendakwa sudah menarik balik tuduhan yang dikenakan kepada kedua-dua individu terbabit.

BBerkaitan

Latest articles