Apa Yang Anwar Buat Pada Felda Semasa PH Memerintah?

KOTA TINGGI: Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh menyanggah dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Barisan Nasional (BN) tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah generasi kedua Felda yang hampir berlarutan hampir 10 tahun.

Anwar terdahuku mendakwa UMNO dan BN kerap menabur janji untuk masyarakat Felda setiap kali pilihan raya, namun tiada penyelesaian yang dibuat.

“Dia apa saja yang dia tak kata? Apa dia buat masa Pakatan Harapan (PH) memerintah dulu? Apa dia buat buat untuk Felda masa PH memerintah dulu?

“Itu saja soal dia, apa yang Anwar Ibrahim buat? Itu saya nak tanya dia balik,” soal Idris.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut kemudiannya mempersoalkan apakah inisiatif Pakatan Harapan (PH) terhadap masyarakat Felda ketika menjadi kerajaan persekutuan pada tahun 2018 tang lalu.

Idris berkata, hanya dua isu Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) terbengkalai di Johor belum diselesaikan membabitkan Felda Aping Timur, dan Felda Pasak.

“Ini isu lama dan sedang diusahakan. Kita akan pastikan isu itu diselesaikan menggunakan kaedah berlainan berbanding lama.

“Dulu kita sudah selesaikan isu rumah terbengkalai yang siap lebih 70 peratus yang kini sudah diduduki dan sekarang kita memasuki fasa kedua membabitkan rumah yang siap di bawah 70 peratus.

“Kita akan pastikan rumah generasi kedua felda ini diselesaikan hujung tahun 2022, kontraktor pun sudah beri kata jaminan kepada saya,” katanya ketika ditemui di Dewan Besar Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, semalam.

Mengenai harga rumah peneroka generasi kedua yang didakwa akan dinaikkan, Idris berkata, setip rumah kekal pada harga RM90,000.

BBerkaitan

Latest articles