Apa Motif Asia Sentinel Burukkan Dr. Noor Hisham?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan portal Asia Sentinel yang tiba-tiba menyerang dan mengecam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam mengendali serta mengekang virus covid-19.

Menurut Najib, penulis artikel berkenaan tidak menyatakan nama sebenar dan hanya menggunakan nama sebagai “Our Correspondent” sahaja.

Bukan itu sahaja, katanya, posting artikel tersebut juga telah ditaja dan disebarkan meluas menerusi Facebook Asia Sentinel.

“Apa motif Asia Sentinel?

“Entah kenapa portal Asia Sentinel yang sangat pro-PH (Pakatan Harapan) ini tiba-tiba menyerang dan mengecam Ketua Pengarah KKM Noor Hisham Abdullah,” katanya menerusi posting dalam Facebook Najib Razak.

Asia Sentinel mendapat kecaman ramai susulan tulisannya yang mempertikaikan Dr. Noor Hisham dan turut menyenaraikan beberapa perkara kononnya kenapa beliau tidak disenangi.

Malah portal berkenaan turut menyatakan kononnya orang ramai mendesak supaya Dr. Noor Hisham meletak jawatan, iaitu satu dakwaan yang nyata palsu.

Ia menyebabkan Facebook Asia Sentinel diserang hebat oleh netizen yang menganggap laporan tersebut tidak masuk akal dan merupakan berita `sampah’.

Menurut Najib, artikel itu mengaku bahawa PH telah gagal dalam usaha dan persiapan untuk melawan wabak Covid dari segi dasar menentang amaran dan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan membenarkan perhimpunan umum besar, kekurangan bekalan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan kekurangan kapasiti untuk membuat ujian Covid.

“Tapi artikel ini kata sebab pemimpin-pemimpin PH gagal ialah kerana mereka tidak diberi nasihat yang sepatutnya dari Datuk Noor Hisham!

“Sendiri yang gagal, kenapa pulak nak salahkan orang lain?,” katanya.

Noor Hisham sebelum ini telah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.

Menurut laporan CGTN, Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang coronavirus, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

BBerkaitan

Latest articles