Apa makluman terkini kes MARA CORP

KUALA LUMPUR — minggu ini genap sebulan selepas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan bahawa kertas siasatan mengenai salah guna kuasa membabitkan tiga pegawai Mara Corp telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Namun sehingga kini belum ada sebarang perkembangan terkini berhubung kertas pendakwaan kes berkenaan.

Memetik pula laporan Astro awani,sumber portal berkenaan ketika dihubungi menjelaskan, kes berkenaan telah mendapat arahan pendakwaan daripada Timbalan Pendakwaraya.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung kes berkenaan.

Jun lalu, Azam Baki menjelaskan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes berkenaan.

Malah beliau turut menyangkal dakwaan sebuah portal berita kononnya kes salah guna kuasa melibatkan tiga pegawai Mara Corp akan digugurkan.

Tegas Azam, kertas pendakwaan telah dihantar kepada AGC untuk dikaji dan cadangan untuk menuduh beberapa pihak dalam kes berkenaan juga telah dibuat.

Ujarnya, siasatan yang dijalankan SPRM sebelum ini mendapati terdapat keterangan yang memadai untuk pertuduhan dibuat terhadap beberapa individu.

Pada 5 Februari lalu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu sebelum menyerbu dan merampas beberapa dokumen daripada Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat pada 7 Februari.

BBerkaitan

Latest articles