PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperoleh sokongan majoriti dua pertiga ahli parlimen pada usul undi percaya di Dewan Rakyat, pada 19 Disember ini.
Anwar berkata, ketua-ketua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan telah memberi komitmen untuk memberikan undi percaya kepada beliau sebagai Perdana Menteri, setelah beliau sendiri mencadangkan usul berkenaan.
“Ketua-ketua parti, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), WARISAN dan beberapa parti lain sudah memberi komitmen dan insya-Allah kita dapat teruskan dengan baik.
“Minta saudari doakan yang sebaiknya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.