Anwar Turut Akui Samsuri Bawa Imej Sederhana, Tidak Se-ekstrem Pemimpin PAS Yang Lain

KUALA LUMPUR: Kemenangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman disifatkan sebagai satu kelegaan buat sistem demokrasi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga percaya kemenangan Perikatan Nasional (PN) menerusi calon PAS itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan bahang politik negara sepanjang tempoh berkempen baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berpandangan bahawa Menteri Besar Terengganu itu memiliki imej yang sederhana berbanding pemimpin PAS lain yang lebih ekstrem.

“Saya ucap tahniah kepada Dr Samsuri dan mudah-mudahan dapat menjalan tugas dengan baik.

“Dari segi negara, ia sekurang-kurangnya memberi kelegaaan dari segi negara kerana imej yang sederhana daripada sikap kepimpinan Pas yang nampak jauh lebih ekstrem.

“Mudah-mudahan dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 m, hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

BBerkaitan

Latest articles