Anwar Tidak Hipokrit Di Pentas Dunia, Ucapannya Berpijak Pada Realiti Semasa

KUALA LUMPUR: Intipati ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNGA ke-78 membuktikan bahawa Perdana Menteri itu seorang yang berani, tegas dan berpijak pada realiti semasa.

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga menyifatkan kini pemimpin-pemimpin dunia telah melihat Anwar sebagai seseorang yang berkata benar dan terbuka, apatah lagi bertindak membidas kekejaman Israel dan memperkatakan isu yang menghimpit rakyat Afghanistan.

“PM menyelar kekejaman Israel secara cukup tegas dan terbuka. ‘Abusive regime’ kata Anwar.

“Sementara bersimpati dengan situasi di Afghanistan; ketidakadilan terhadap wanita dan gadis diselar. Menerima Myanmar sebagai rakan, tidak sama sekali menidakkan keperluan ‘barbarisme’ dihentikan.

‘Kemunafikan’ disebut dengan jelas tentang kuasa besar dunia yang ada sekarang.

“Anwar ada ruang mudah untuk menjadi popular di New York. Membisu dalam kekejaman Israel, letepikan kekejaman Myanmar, memuji ketidakadilan. Namun, Anwar memilih untuk ‘berkata benar dan terbuka’.

“Kebenaran dan keterbukaan inilah yang barangkali kurang disenangi mereka di koridor kuasa PBB,” katanya dalam kenyataan.

Reezal percaya Anwar telah berjaya meletakkan dirinya dalam senarai pemimpin tegas dalam kalangan pemain politik arena antarabangsa.

“Realiti geopolitik dan geostrategik ketika ini memerlukan pemimpin yang berani dan tegas. Yang berterus terang.

“Bukan mereka yang ‘spineless’. Saya melihat ucapan Anwar di UNGA sebagai kenyataan negara yang cukup tegas.

“Viral dan tular tentang ketidakhadiran perwakilan itu satu sisi yang biasa. Satu sisi yang lain, ucapan itu memanaskan telinga banyak pihak yang mendengarnya dari bilik pejabat, hotel dan koridor kuasa di United Nations Plaza dan sekitar Lexington Avenue.

“Mesej Anwar jelas dan sampai. Anwar nyata telah mulakan rentak dengan betul,” ujar beliau lagi.

BBerkaitan

Latest articles