Anwar: Tiada Sebab Berdendam, Campur Urusan Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR: Pentadbiran kerajaan hari inu berlandaskan tadbir urus yang baik dan mengangkat agenda menolak rasuah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bahkan Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa beliau bertindak atas dasar dendam peribadi selain menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan penguatkuasaan dan telah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

“Ada yang kata saya berdendam dan mencari kesalahan. Itu tidak benar.

“Saya sudah jelaskan kepada Kabinet bahawa kita tidak campur tangan.

“Ini termasuk memberikan (kebebasan penuh) kepada polis, Jabatan Kastam, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengutip cukai, serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan serbuan bagi memerangi rasuah.

“Negara boleh maju, tetapi jika pemimpinnya hanya sibuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri, siapa yang akan menjaga rakyat? Apabila berlaku salah guna kuasa, kekayaan dikaut hingga ratusan juta disimpan,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan pusat beli-belah Alamanda yang kini berwajah baru, hari ini.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar menghalang beberapa pemimpin asing bertemu beliau.

Dr Mahathir, dalam satu kenyataan di Facebook menyindir Anwar untuk tidak berbohong mengenai dakwaan itu meskipun mengetahui bahawa beliau boleh menafikannya.

Selain itu bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengaitkan SPRM yang tidak pernah menunjukkan sebarang bukti bahawa beliau telah mengkayakan anak-anaknya selama mengetuai pentadbiran kerajaan.

BBerkaitan

Latest articles