More

    Anwar Tepis Dakwaan Bertanding Di Ampang

    KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon kononnya beliau takut berdepan dengan pengundi Melayu di Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    Mengulas lanjut Anwar menyifatkan dakwaan Mohd Rashid yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu hanya untuk mempertahankan penyandang kerusi tersebut, Datuk Zuraida Kamaruddin.

    “Sapa bagi tau? Saya tak umum pun dia (Mohd Rashid) kata saya nak bertanding Ampang. Dia nak pertahankan Zuraida, ni bukan caranya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di Bandar Cassia, semalam.

    Pada sidang media itu, Anwar turut menyindir kredibiliti Mohd Rashid yang dipindahkan dari Pulau Pinang untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat pada PRU14.

    “Rashid Hasnon ni sapa dia? Pasal apa kita hantar dia ke Batu Pahat? sebab prestasi dia di Pulau Pinang kurang memuaskan.

    Dalam perkembangan sama, Anwar turut menegaskan tidak timbul sebarang isu sekiranya beliau bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu.

    “Zuraida Melayu kan? Dia bertanding di Ampang. Jadi ini bukan isu

    “Saya memimpin parti majoriti Melayu tapi parti pelbagai kaum dan saya tidak pernah uar-uarkan seperti mana Bersatu ataupun UMNO bahawa PKR parti Melayu, Islam,” kata beliau.

    Media tempatan semalam melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang kerana takut menghadapi pengundi Melayu di Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    Exco PN Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pengundi Melayu sudah dapat menilai kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memimpin negara selama 22 bulan sebelum ini.

    Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, PH juga menyedari hanya pengundi Cina yang akan mengundi gabungan itu pada PRU nanti.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini