Anwar Tak Tolong Ketika PH Jadi Kerajaan, Hanya Fikir Soal PM

KOTA KINABALU: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau berdepan dengan pelbagai halangan dalam melaksanakan dasar ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi rakyat suatu ketika dahulu.

Dr Mahathir juga menyanggah kritikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya kerajaan pimpinannya gagal selama 22 bulan memegang kuasa.

Bidas bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak mendapat sokongan penuh jemaah kabinet pada itu, ditambah pula keengganan Anwar untuk membantu dirinya, selain hanya memenuhi misinya menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu Anwar yang juga Pengerusi PH dilaporkan menyalahkan Dr Mahathir di atas kegagalan kerajaan PH ketika diketuainya.

Anwar berkata Dr Mahathir tidak berupaya membawa perubahan selepas PH memenangi PRU14 menyebabkan rakyat tidak puas hati.

“Takkan dia (Anwar) nak puji saya, dia yang rosakkan negara. Sebenarnya kita capai banyak kejayaan dalam 22 bulan itu tapi ada perkara dalam manifesto yang tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah dengan perlembagaan.

“Kita perlukan dua pertiga baru boleh melaksanakannya tapi kita tiada dua pertiga itu dan Anwar tidak menolong sama sekali.

“Dia hanya fikir mahu jadi Perdana Menteri saja. Konon dia banyak penyokong tapi mana dia penyokong itu bila kita tak cukup orang (sokongan),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Sabah, hari ini.

Sementara itu penyandang Parlimen Langkawi yang terus mempertahankan kerusi itu diminta mengulas faktor usianya sebagai calon.

Ujar Dr Mahathir berkata ia bukan untuk mempertahankan Langkawi tetapi bagi menentukan agar GTA dapat menggantikan kerajaan sekarang yang disifatkannya banyak salah guna kuasa.

Katanya, beliau tidak peduli berapa umurnya dalam melakukan sesuatu terutama bagi menukar yang buruk kepada yang baik.

BBerkaitan

Latest articles