Anwar Tak Mahu Jadi Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Meskipun pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini enggan memikul tanggungjawab yang sama.

Perdana Menteri itu berkata, ketika ini beliau berhadapan pelbagai cabaran besar yang perlu diselesaikan dan berharap ada jalan tuntas bagi masalah tersebut.

“Saya tak bercadang untuk pertimbang jawatan itu (untuk saya). Tapi kita akan perinci semula apa yang menjadi keperluan,” katanya apabila ditanya adakah beliau akan menjawat jawatan itu.

Anwar pernah mendapat pengiktirafan Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney pada tahun 1993 selain dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney.

BBerkaitan

Latest articles