Anwar Tak Dedah Nama Siapa Yang Menyokong Dalam Mesyuarat Isnin

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung pada Isnin lalu menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendedahkan nama-nama ahli parlimen yang didakwanya menyokong beliau untuk pembentukan kerajaan baru.

Malah dua parti gabungan PH, iaitu DAP dan Amanah juga tidak mempersoalkan 120 nama berkenaan, namun dimaklumkan senarai itu tidak mengandungi mana-mana nama dari PAS.

DAP dan Amanah juga bersedia dengan usaha pertukaran kerajaan yang baru namun menegaskan tidak akan bekerjasama dengan pemimpin Umno yang kini berdepan dengan perbicaraan rasuah.

Sumber mengatakan: “Kami tidak akan bertoleransi dalam soal mempertahankan keadilan dan menentang rasuah.”

Bagaimanapun kedua-dua parti berkenaan bersedia dengan konsep kerjasama dengan individu sepertimana yang dilakukan antara Bersatu, Umno dan PAS menerusi Perikatan Nasional (PN).

“Mereka tidak dijanji jawatan dalam kerajaan atau menteri,” jelas sumber itu lagi apabila ditanya syarat kepada sokongan Anwar.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...