“Anwar Tak Baca Atau Tak Ambil Tahu?”

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara sinis menyindir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba membuat tohmahan liar mengenai usaha kerajaan menangani masalah berkaitan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia susulan dakwaan Presiden PKR itu kononnya banyak dakwaan kes salah laku berkaitan projek melibatkan ketenteraan di negara ini.

“Anwar tak baca atau sengaja tak nak ambil tahu?”

“Mana yang belum selesai? LCS (kapal tempur pesisir pantai) tindakan sudah diambil. Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) sudah buat kenyataan beberapa kali. Dia tak baca atau sengaja tak nak ambil tahu?

“Hishammudin juga telah membuat penjelasan yang syarikat Perancis dan Boustead ambil alih projek, saya pun tahu dari media,” kata Ismail Sabri pada sidang media selepas merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera, hari ini.

Lebih lanjut, Ismail Sabri menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyiasat oihak yang dituduh terlibat dengan penyelewengan LCS, malah ada diantaranya sudah di bawa ke mahkamah.

Begitu juga dengan dakwaan Anwar berhubung undi pos dalam kalangan anggota ATM di Bera sedangkan satu negara melakukannya mengikut prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“(Undi pos) bukan terkejut, bukan undi itu di Bera lebih awal malah di seluruh negara. Ia tarikh yang ditetapkan melalui SPR berdasarkan akta,” katanya.

Kelmarin, Anwar mendakwa ada maklumat mengenai anggota ATM mengundi awal di Bera dan setiap seorang diberi RM300.

BBerkaitan

Latest articles