Anwar Sedia Skandal Forex RM31.5 Bil Disiasat

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dirinya terbuka dengan gesaan Datuk Seri Najib Razak untuk kerajaan menyiasar kerugian urus niaga tukaran mata wang asing (forex) yang melibatkan Bank Negara Malaysia yang dipercayai berlaku antara tahun 1991 hingga 1994.

Bercakap di sesi siaran langsung di Facebooknya malam tadi, Anwar turut menafikan dirinya mengambil hasil daripada tukaran mata wang berkenaan.

“Banyak teguran. Misalnya Najib, saya ucap terima kasih, ini cara kita wacana. Tak payah maki hamun, kecam begitu begini.

“(Najib kata), kalau begitu siasat soal skandal Forex. Saya setuju. Saya tidak ada masalah dan halangan. Boleh siasat, yang penting tak curi satu sen. Saya tak ambil RM1 bilion, tak ambil tanah balak dan saya tak ambil saham.

“Itu penting. Kemudian nak siasat forex ke, siasat 1MDB silakan,” katanya di Facebook.

Reaksi Anwar menyusul selepas Najib pada baru-baru ini menggesa kesemua kes pendakwaan dan pertuduhan yang digugurkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika Tan Sri Tommy Thomas menjadi peguam negara disiasat dan diteruskan semula.

Bekas perdana menteri itu berkata skandal forex yang berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan Anwar selaku timbalannya tidak pernah menyaksikan kes itu didakwa, sedangkan sejumlah besar wang negara telah hilang.

Dipercayai urus niaga mata wang asing berkenaan berjumlah RM31.5 bilion.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) skandal forex ditubuhkan pada 2017 dengan hasil persidangan selama lapan hari itu menyatakan bahawa ramai pegawai kerajaan termasuk perdana menteri dan menteri kewangan mungkin melakukan kesilapan pecah amanah melakukan tukaran wang asing, dan bertindak menyembunyikan kerugian berkenaan daripada pengetahuan awam.

BBerkaitan

Latest articles