Anwar Sahkan Belum Lagi Dilantik PM-10

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya masih lagi belum dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Adakah Datuk Seri Perdana Menteri ke 10?” tanya wakil media ketika ditemui di luar Istana Negara.

Anwar kemudiannya menjawab; “Belum lagi.”.

Presiden PKR itu juga dalam masa yang sama menafikan dakwaan bahawa beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

“Tidak ada apa-apa keputusan lagi setakat ini. Sekarang ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar kerajaan yang bakal dibentuk merangkumi pelbagai kaum dan wilayah.

“Tuanku Agong kata perlu ada kesepakatan kerjasama semua pihak supaya keraajan itu kukuh dan boleh tumpu perhatian kepada menjaga kepentingan rakyat dan ekonomi.

“Kerajaan yang ditubuhkan kelak harus mewakili semua kaum, wilayah dan inklusif.

“Saya terima baik panduan dan semangat keraajan perpaduan yang saya sebut semalam.

“Kita beri masa kepada Agong untuk berikan pertimbangan dan kebijaksanaan Tuanku untuk memutuskan perkara itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu Anwar memaklumkan PH tetap dengan pendirian bahawa dirinya adalah calon tunggal gabungan itu bagi jawatan Perdana Menteri.

“Setakat ini nama Anwar Ibrahim sahaja. Kita telah hantar dan masa akan tentukan kita ada majoriti mudah,” jawabnya lagi.

Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail keluar daripada perkarangan Istana Negara pukul 5.46 petang.

BBerkaitan

Latest articles