Anwar Rai Tahun Baharu Cina Bersama MCA Selepas 25 Tahun

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan  kepada MCA yang tetap menjalinkan persahabatan biarpun pernah berbeza pandangan sebelum ini.

Anwar turut meluahkan rasa gembira dapat meraikan Tahun Baharu Cina pertama kali di Wisma MCA hari ini selepas 25 tahun sebelum dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

“Saya ucap terima kasih kepada MCA khususnya presiden Wee Ka Siong kerana memberi jemputan kepada saya dan isteri  Azizah ini memang selepas 25 tahun masuk dalam dewan MCA saya gembira ramai kawan-kawan saya jumpa dan saya ucap gong xi fa cai.

“MCA itu dalam rangka persahabatan lama tapi yang bagusnya kita tak pernah putus persahabatan walaupun perbezaan parti dan perbezaan pandangan dari semasa ke semasa tapi sekarang balik semua.

“Ya macam dulu kita berbeda pandangan dan juga haluan. Tak salah saya dipecat daripada umno dan saya terpaksa lawan. Saya di penjara tak sempat datang. Sekarang ini ada ruang dan nampak kita bukan saja kemesraan tapi satu haluan dalam banyak isu,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka MCA di wisma MCA hari ini.

Majlis  itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut hadir sama, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setuausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Anwar berkata, beliau bersama Presiden MCA banyak berbincang mengenai pembangunan dan ekonomi.

“Dan saya banyak berbincang juga dengn presiden MCA dan nampak kita tumpu kepada pembangunan dan ekonomi malaysia,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,682FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini