KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) sekali lagi pada hari ini terus menjadi tanda tanya.
Dimaklumkan pertemuan berkenaan berlangsung di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu Anwar, yang meninggalkan kediamannya di Bandar Sungai Long, Kajang pada pagi ini berkata, beliau ke pejabat untuk bekerja.
“Pergi kerja, pejabat, selepas itu balik rumah,” katanya sambil tersenyum kepada pemberita.
Presiden PKR itu juga ditanya sama ada beliau akan ke Istana Negara bagi menghadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) hari ini.
Bagaimanapun Anwar hanya mendiamkan diri.
Sejak jam 7 pagi sehingga Anwar meninggalkan kediaman pada jam 11 pagi, tiada kelibat barisan pemimpin PH dilihat berkumpul di kediamannya.