More

    Anwar Nafi Kaitannya Dengan Beberapa Syarikat Besar Di Bursa Saham

    Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan beberapa keuntungan yang diperolehi beberapa syarikat yang disenarai di Bursa Saham mempunyai kaitan dengan dirinya.

    Tegasnya, beliau tidak mempunyai saham dengan Advance Synergy Bhd., Malayan United Industries Bhd, (MUIIND) dan Pan Malaysia Holdings Bhd. yang dilaporkan melonjak selepas pengumumannya bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok.

    Aktiviti di kaunter-kaunter berkenaan meningkat dipercayai kerana adik perempuan beliau, Farizon Ibrahim merupakan pengarah MUIIND dan Pan Malaysia Holdings.

    Begitu juga dengan Pengerusi Advance Synergy Group juga mempunyai kaitan dengan Anwar.

    “Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah berita palsu dan berniat menipu para pembeli saham.

    “Saya meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebarkan berita palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Untuk rekod, Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan akan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah pada esok untuk mempersembahkan senarai ahli-ahli parlimen yang menyokong beliau bagi membolehkan pembentukan kerajaan baru.

     

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini