Anwar Mulakan Tugas Sebagai PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tiba dengan kenderaannya di pekarangan bangunan Perdana Putra pukul 9.52 pagi.

Sebaik sahaja tiba di pintu protokol, Anwar yang memakai baju Melayu bewarna merah jambu sempat melambaikan tangannya ke arah pengamal media yang berada di situ.

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

BBerkaitan

Latest articles