Anwar, MP PAS Setuju Selesai Saman Fitnah Luar Mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, hari ini mengumumkan penyelesaian luar mahkamah dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan Perdana Menteri itu menerima gaji RM1 ketika beliau memegang jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merekodkan penyelesaian tersebut, dengan Anwar menarik balik saman fitnah yang difailkan, manakala Ahmad Amzad menarik balik kenyataan yang dipertikaikan.

Hakim Hassan Abdul Ghani memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menamatkan pertikaian setelah mengambil kira isu yang lebih besar dan penting yang memerlukan perhatian segera.

Peguam Anwar, Datuk Sankara Nair mengesahkan keputusan tersebut dan menyatakan bahawa kedua-dua pihak berterima kasih kepada hakim dan pegawai kehakiman mahkamah sivil.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Anwar dan Amzad, kedua-dua mereka menyatakan harapan agar penyelesaian ini diterima dan dihormati oleh semua pihak serta tidak dijadikan isu yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia.

Untuk rekod saman fitnah ini difailkan oleh Anwar terhadap Ahmad Amzad pada 22 Disember 2022.

BBerkaitan

Latest articles