Anwar: Malaysia Akan Perkukuh Hubungan Dengan AS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas pelantikan rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Anwar memaklumkan Malaysia mahu mengukuhkan hubungan teguh, saling melengkapi dan melihat ke hadapan menerusi kerjasama dua negara.

Sebagai Pengerusi Asean 2025, Anwar turut mengundang kehadiran Trump ke Malaysia, sekali gus mengesahkan semula penglibatan baharu AS dengan rantau ini.

“Presiden Trump membawa pendekatan unik kepada menangani cabaran domestik dan global, dibuktikan oleh peranan pentingnya dalam membantu (pelaksanaan) gencatan senjata Gaza malah sebelum pelantikan rasminya.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dalam keutamaan bersama dalam pada pentadbiran Trump berusaha untuk melakar zaman kegemilangan baharu bagi Amerika,” kata Anwar menerusi catatan Facebook hari ini.

Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai presiden AS pada Isnin.

BBerkaitan

Latest articles