Anwar Makin Hilang Kredibiliti, Dua Exco Wanita PKR Keluar Parti

Sikap kepimpinan dan isu pemilihan parti yang kucar-kacir menjadi faktor Exco Wanita PKR, Shoba Selvarajoo keluar parti sekaligus melepaskan jawatannya.

Memetik satu kenyataan medianya, Shoba turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Shoba sebelum ini disenaraikan antara ahli-ahli parti yang digantung keahlian.

“Saya telah hilang kepercayaan kepada presiden dan pimpinan parti selepas daripada pemilihan parti yang cacamarba serta memalukan.

“Sudah sampai masanya keputusan perlu dibuat,” demikian memetik kenyataannya.

Seorang lagi exco wanita Selangor, JC Jess Choy Pooi Yee turut mengambil pendirian yang sama kerana kecewa dengan kepimpinan atas parti.

Choy juga meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang.

BBerkaitan

Latest articles