Anwar Mahu Terus Kuasai PKR, Pertahan Jawatan Presiden

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal akan datang.

Terdahulu, Anwar diangkat sebagai Presiden pada tahun 2018 bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan menerusi aplikasi ADIL.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2024.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengahari,” demikian memetik kenyataan itu.

Untuk rekod, ini merupakan pemilihan pertama kali yang diadakan selepas PKR membentuk kerajaan di bawah payung Pakatan Harapan pada ketika itu.

Bagaimanapun kerajaan tersebut hanya bertahan selama 22 bulan.

BBerkaitan

Latest articles