Anwar ‘Kunci Mulut’ Bila Diaju Hasrat Rafizi Kembali Berpolitik

SHAH ALAM: Nampaknya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberikan sebarang reaksinya berhubung spekulasi bekas naib presidennya, Rafizi Ramli akan kembali ke arena politik tanah air.

Ditemui pemberita hari ini Anwar meminta isu berkaitan politik ditangguhkan selewat-lewatnya lusa bagi memberi laluan dan menghormati majlis memperingati tokoh agamawan, Allahyarham Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil.

“Saya tak minat bincang soal lain (politik) melainkan institusi ini (Siddiq Fadzil) nanti tenggelam isu ini.

“Soalnya hanya untuk Siddiq Fadzil, yang lain saya tangguh esok atau lusa,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu ditemui di Universiti Selangor (Unisel), hari ini.

Terdahulu Anwar menyampaikan syarahan perdana pada Wacana Pemikiran Siddiq Fadzil dan Pelancaran Institut Pemikiran, Kepimpinan, Kursi serta Pelancaran Buku Karya Siddiq Fadzil.

Baru-baru ini Rafizi, yang juga bekas ahli parlimen Pandan dilaporkan akan kembali menyertai politik negara selepas hampir dua tahun bersara daripada politik sejurus Mahkamah Tinggi membebaskannya terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada 15 November 2019.

Rafizi dibebaskan selepas membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen apabila didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya.

Sejurus itu Rafizi mengumumkan tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik atau menyandang sebarang jawatan penting.

BBerkaitan

Latest articles