Anwar Jawab DNAA Ahmad Zahid Petang Esok – Azalina

KUALA LUMPUR: Isu membabitkan keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari 47 kes salah guna kuasa, berkemungkinan dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, esok.

Perkara itu diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, sambil menambah sesi itu akan dibuat pada jam 2.30 petang.

“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan ‘Good’ itu dia akan jawab esok insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.

“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan kita perlu berlaku adil,” katanya ketika Anwar memasuki Dewan Rakyat.

Jumaat lalu Anwar memberi bayangan memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) timbalannya ketika ditanya pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran minggu lalu.

Ia berikutan gesaan daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terhadap Anwar supaya memberi penjelasan sendiri di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

BBerkaitan

Latest articles