Anwar isytihar aset lebih RM11 juta

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan aset bersih miliknya yang dianggarkan berjumlah RM11,178,667.80 setakat 31 Oktober lalu.

Pengisytiharan harta itu sebagai syarat ditetapkan partinya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memuat naik dokumen itu di laman web calonkeadilan.org dengan surat perakuan bertarikh hari ini.

Menerusi semakan, Anwar memiliki aset hartanah dan kediaman bernilai RM10,350,000 membabitkan milikan tanah di Segambut Dalam; Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Mukim Bentong, Pahang dan Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Anwar turut mengisytiharkan aset tunai dan simpanan berjumlah RM828,667.83 selain turut mengisytiharkan pendapatan bulanannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson sebanyak RM21,755.80.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, kelewatan berbuat demikian adalah kerana jadualnya padat.

BBerkaitan

Latest articles