Perkembangan terbaru membabitkan usaha pertukaran kerajaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan bahawa Presiden PKR itu telah menghantara senarai nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan memaklumkan perincian berkenaan sokongan yang diterima beliau.
“Saya rasa, Anwar telah menyebut benda ini dalam sidang media yang diadakan pada 23 September,” demikian memetik laporan Sinchew Daily.
Dalam masa sama Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu Al-Sultan Abdullah Rai’yatuddin Billah Shah masih berehat di Institut Jantung Negara (IJN).
Senarai itu, menurut sumber PKR yang lain, mendakwa terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang ‘tidak dijangka’ sebelum ini, namun tidka termasuk nama-nama ahli parlimen PAS, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.