Anwar Ganti Mahathir Jadi Pengerusi PH

Selepas Bersatu mengambil keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu jawatan Pengerusi gabungan itu kini disandang olehnya.

Perkara itu dimaklumkan Anwar dalam satu video di Facebook pada malam tadi.

Terdahulu, jawatan Pengerusi PH dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang.

“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya.

Meskipun tanpa Bersatu, PH ujar Anwar akan terus memberi fokus kepada perjuangan rakyat.

BBerkaitan

Latest articles