More

    Anwar Disoal Sama Ada Kejatuhan PH Disebabkan Tun M

    Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas dakwaan bahawa keretakan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu sehingga kini wujud satu lagi blok pembangkang adalah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Ahli parlimen Port Dickson itu bagaimanapun sebaliknya berkata hanya dirinya sahaja melalui derita berpanjangan di negara ini.

    “Saya mahu melihat kehadapan maju sebagai satu pasukan dan bawa perubahan di negara ini.

    “Saya ada sejarah penuh derita puluhan tahun.

    “Tidak ada orang di negara ini yang lalui demikian saya seorang sahaja,” katanya ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

    Terdahulu Anwar disoal oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sama ada beliau bersetuju bahawa bekas perdana menteri itu menjadi penyebab kepada krisis pembangkang.

    Anwar dalam pada itu menegaskan bahawa dirinya bukan penyokong kuat Dr Mahathir dan disambut ketawa oleh ramai ahli-ahli parlimen.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini