Anwar Dipanggil Beri Keterangan Di Bukit Aman Esok

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil ke Bukit Aman esok untuk memberikan keterangan berkenaan penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata, Ketua Pembangkang itu akan di soal di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman.

“Siasatan diklasifikasikan di Bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa ketika ini. Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis telah diterima,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, Huzir menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat, menerbitkan atau menyebarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau berita yang tidak benar yang akan mengganggu-gugat keharmonian rakyat dan negara.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...