Anwar Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Bentuk Kerajaan Baru

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli parlimen sekaligus membolehkan pembentukan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang kini dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN).

Malah beliau berkata cuba mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 malam tadi untuk memaklumkan sokongan berkenaan namun tidak berjaya memandangkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagaimanapun Anwar memaklumkan perkara itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong menerusi panggila telefon.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.

“Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya ketika di sidang media di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memaklumkan sokongan yang datang kepadanya terdiri daripada ahli-ahli parlimen daripada pelbagai parti.

Malah beliau memberi jaminan ‘dokumen tetap yang tidak boleh diragui’ untuk membolehkan dirinya menubuhkan kerajaan baru.

“Ada ahli parlimen dari pelbagai parti dan saya fikir untuk saya umumkan ini biar mereka menyusul dengan pandangan mereka.

“Pentadbiran ini pasti wakili semua rakyat. Majoriti Melayu bumputera dan perwakilan dari semua kaum di negara kita,” katanya.

Anwar berkata kerajaan baru yang akan dibentuknya kelak akan menjungjung Perlembagaan Persekutuan selain mengikitraf kedudukan agama Islam, kedaulatan raja, kaum Melayu, penggunaan Bahasan Melayu selain terus mempertahankan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

“Akhir sekali, saya mohon semua rakayt bersabar dan mendoakan kesembuhan Agong,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...