Anwar Bidas ‘Kelompok Kemaruk Kuasa’

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak fitnah kononnya dirinya bekerjasama dengan ‘pengkhianat’.

Malah beliau juga sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa dirinya tidak merancang komplot di belakang seperti yang dilakukan oleh ‘pihak lain’.

“Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat.

“Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak,” demikian memetik kenyataannya malam tadi.

Anwar sebelum ini mengakui mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pertemuan itu, ujarnya tidak dirahsiakan, malah dimaklumkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan mesyuarat PKR.

Butiran pertemuan tersebut menyentuh tentang hal semasa dan pandangan pembangkang, katanya.

Anwar dalam kenyataan terbarunya juga menegaskan tidak ada sebarang perbincangan berkenaan komplot ketika berjumpa dengan Muhyiddin dan Hamzah.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini