Anwar Berbohong Atau Tertipu?, Soal Pemuda UMNO

Pemuda UMNO beranggapan dakwaan kononnya bakal wujud kerjasama antara parti itu dengan PKR adalah sandiwara susulan yang direka oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa parti itu kekal dengan prinsip menolak PKR dan DAP seperti yang diputuskan pada Persidangan Agung UMNO 2019.

“Lagipun ini bukan kali pertama Anwar bersandiwara.”

“Justeru sama ada Anwar berbohong ataupun beliau sendiri tertipu dengan tanggapannya sebagai rundingan kerjasama, yang sebenarnya hanyalah sekadar perbualan kosong yang tiada sebarang makna, kesan ataupun natijah,” katanya dalam wawancara dengan Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO yang disiarkan hari ini.

“UMNO sebuah parti yang bersistem dan berperaturan. Sebarang keputusan dasar termasuk melibatkan perundingan kerjasama politik hanya sah dan terpakai jika mana-mana pihak menerima Mandat untuk berunding daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan rundingan Kerjasama dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi dan disahkan di peringkat Perhimpunan Agong UMNO (sebagaimana Peruntukan Perlembagaan Parti),” katanya dalam kenyataan berlainan berhubung dakwaan Anwar kononnya terdapat perbincangan antara UMNO dan PKR yang menunjukkan perkembangan positif.

Jelasnya, sehingga hari ini, tidak pernah sama sekali sebarang mandat diberikan kepada sesiapa untuk berunding dengan PKR mahupun DAP.

Terdahulu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menegaskan penolakan kerjasama parti terhadap BERSATU tidak bermakna ia membuka ruang kerjasama dengan parti-parti lain.

Sebaliknya UMNO perlu mengukuhkan dalaman parti itu sendiri dan mencari strategi meyakinkan rakyat.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,600SubscribersSubscribe

Terkini