Anthony Loke Selar Ucapan Tony Pua

Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP.

Itu tegas Setiausaha Agong DAP, Antony Loke ekoran kenyataan bekas Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua malam tadi secara ‘tiba-tiba’ menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.

Tegas Loke, Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

“ Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan (uncalled for) “

Tegasnya lagi Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik

Justeru sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini katanya di dalam satu kenyataan pagi ini.

Beberapa pemimpin UMNO sebelum itu turut kesal ke atas ucapan yang dibuat oleh Tony Pua itu

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi berkata ucapan tony itu ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’

Katanya Rakyat tidak pernah lupa tindak tanduk Tony ketika di Kementerian Kewangan dalam Kerajaan PH 22 bulanlah antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.

Beliau yang turut menghantar mesej protes kepada kepimpinan tertinggi DAP itu berkata jangan sesekali meletakkan beliau ( Tony pua) sebagai calon dalam PRN akan datang jika mahu keharmonian Gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berkekalan.

“ Lagipun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi Kerajaan gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang didalamnya terdiri daripada 19 parti politik. Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri katanya

BBerkaitan

Latest articles