Annuar ‘Tak Minat’ Tanding Kerusi DUN PRN Kelantan

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan pihaknya dan Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan tidak akan mencalonkan Tan Sri Annuar Musa di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos nanti.

Ini berikutan respon daripada Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) yang memaklumkan dirinya “tidak berminat” untuk terlibat sebagai calon bertanding.

Sebaliknya bekas Ahli Parlimen Ketereh itu akan diberi peranan membantu Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional.

“Beliau (Annuar) memberitahu tidak berhasrat untuk bertanding dalam PRN Kelantan. Kita juga mahu beliau memainkan peranan di peringkat nasional,” katanya memetik Kosmo.

Sebelum ini, PAS dikhabarkan mahu menyenaraikan Annuar sebagai calon parti itu dalam PRN Kelantan.

Sementara itu, Abdul Hadi memaklumkan semua cadangan calon yang akan ditampilkan PAS pada PRN enam negeri telah melepasi tapisan Majlis Ulama, yang bermesyuarat semalam.

BBerkaitan

Latest articles