Annuar Nasihat Semua Pihak Patuh Titah Agong

KUALA LUMPUR: Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri wajar dipatuhi.

Malah beliau menasihat semua pihak tidak mengadakan apa jua jenis perhimpunan dan aktiviti yang boleh membawa kepada aktiviti yang boleh membawa kepada ketidakharmonian.

Menurut Annuar, tumpuan sekarang haruslah kepada kerajaan yang berwibawa dan mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat.

“Dengan terbitnya kenyataan resmi Istana Negara maka selesailah sudah proses memilih dan melantik seorang Perdana Menteri menurut Perlembagaan Negara.

“Keputusan ini perlu dipatuhi dan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong wajar dipatuhi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu juga memaklumkan Muafakat Nasional sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan akan diaktifkan bagi menyemarakkan nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles