Annuar Musa Risau Lebih Ramai Rakyat Akan Jadi Lebih Susah Pasca Covid-19

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau tidak boleh menarik nafas lega sempena 100 hari beliau memegang jawatan sebagai menteri hari ini sebaliknya beliau risau dengan keadaan rakyat apabila ramai mungkin jadi susah akibat pandemik Covid-19 ini.

Beliau bersyukur kerana diberi kesempatan 100 hari berkhidmat untuk rakyat tetapi beliau bimbang akan hari-hari mendatang kerana ada orang akan jadi miskin apabila hari semakin bertambah.

“Saya lebih takut ke hadapan, kalau tengok masa ke hadapan saya risau.. saya rasa ramai orang yang mudah jatuh miskin pada masa pasca Covid ini, banyak orang masih bermasalah dengan rumah.

BACA JUGA : “Rakyat Dah Tak Peduli Anwar Atau Mahathir Jadi PM,” Kata Azmin

“Senarai menunggu orang ramai yang hendak menyewa rumah Dewan Bandaraya pun sampai 30,000 orang, menunggu untuk mendapat peluang untuk menyewa rumah yang agak murah,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berucap kepada hadirin dan media pada majlis melepaskan bas untuk menghantar orang gelandangan menghadiri kursus di Sepang, Selangor dan Kuantan, Pahang. Foto The Rakyat Insight.
Annuar memeriksa pek makanan yang disediakan untuk orang gelandangan yang menaiki bas untuk menyertai kursus berkenaan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, pagi tadi.

Beliau hari ini melepaskan tujuh buah bas untuk menghantar 187 orang gelandangan untuk mengikuti Program Latihan Khas di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), di Sepang, Selangor dan 52 orang akan menyertai Program Pemulihan dan Bimbingan di Drug Intervention Community di Kuantan, Pahang dari Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur hari ini.

Annuar turut kagum dengan pasukan pegawai tinggi di Kementerian Wilayah Persekutuan bersamanya yang dianggap semua dalam satu matlamat perkhidmatan yang sama dan fokus untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.

BACA JUGA : 5.3 Juta Usahawan Nikmati Manfaat MEDAC Bernilai RM13.93 Bilion

“Yang penting kita semua dalam rentak sama, nanti Menteri cakap lain pegawai cakap lain susah juga, yang penting saya tengok di Kementerian Wilayan ini kita semua ada matlamat sama.

“Kita pimpin satu sama lain, kita berdoa mulai sekarang PKP Pemulihan ada banyak cabaran yang kita buat bersama khususnya soal peluang kerja, isu rumah yang benar-benar mampu milik, bukan mampu lihat atau mampu mohon tapi tak dapat dan kemudian soal-soal kemiskinan bandar,” katanya.

Annuar meluangkan masa bersama dengan orang gelandangan yang sudah mendapat pekerjaan bersama syarikat Top Glove Sdn Bhd untuk membuat kotak pembungkusan sarung tangan. Foto The Rakyat Insight.

Pada program hari ini, Annuar turut meluangkan masa bersama dengan 20 orang juga gelandangan yang kini sudah mempunyai pekerjaan dengan Syarikat Top Glove Sdn Bhd membuat kotak pembungkusan sarung tangan.

Di Pusat Transit Gelandangan itu juga diletakkan papan tanda yang memaparkan pencapaian Annuar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr J P Santhara sempena 100 hari mereka memegang jawatan masing-masing.

BBerkaitan

Latest articles