Annuar Dua Dua Ketua Wanita Bahagian Dipecat?

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi mengambil keputusan memecat beberapa ketua bahagian kerana mencemuh parti dan berkempen bagi pihak lawan.

Hal itu turut disahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, namun beliau tidak menamakan mereka yang terlibat.

Sumber memaklumkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang dipercayai dipecat adalag Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

“Pemimpin UMNO Bahagian yang dipecat ialah Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

“Ketua Wanita UMNO Arau dan Ketua Wanita UMNO Maran juga dipecat,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

Ketua Wanita UMNO Arau ialah Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Manakala Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Katanya, mereka dipecat kerana
Ketiga-tiga mereka turut didakwa mendedahkan hasil mesyuarat MKT kepada pihak luar parti.

Untuk rekod, Annuar pernah dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada Januari lalu.

BBerkaitan

Latest articles