Annuar Balas Daim, UMNO Hari Ini Jauh Lebih Baik

Orang luar tak perlu masuk campur urusan parti, demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan Tun Daim Zainuddin terhadap UMNO.

Annuar, yang juga Menteri Wilayah Persekutusan berkata, UMNO pada pasca Daim adalah jauh lebih baik.

”Apapun kritikan Tun Daim membuktikan UMNO kekal relevan dan UMNO mesti terus diperkasakan. Insya Allah,” katanya dalam ciapannya di Twitter.

Daim, yang merupakan Menteri Kewangan pada tahun 1984 sehingga 1991 itu mendakwa UMNO tidak lagi mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana sarat dengan warlord (panglima perang) yang beranggapan mereka masih menerajui negara.

Daim turut mendakwa ramai pemimpin UMNO ‘tidak belajar dari sejarah’ dan gagal menawarkan sebarang kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat, selain berpolitik untuk kepentingan peribadi.

BBerkaitan

Latest articles