Anjing Dilatih Bagi Mengenal Pasti Individu Dijangkiti Covid-19

Negara Chile kini sedang giat melatih empat ekor anjing dari spesies kacukan labrador dan golden retriever untuk mengenal pasti pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Kaedah pengesanan adalah menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini kaedah pengesanan yang sama turut dilakukan di United Kingdom dan menunjukkan hal yang memberangsangkan.

Selain berperanan mengesam Covid-19, anjing-anjing yang dilatih itu juga mampu mengesan beberapa penyakit seperti kanser, Parkinson dan malaria.

Pengarah Unit Latihan Anjing Pengesan Polis Khas, Leftenan Kolonel Cristian Acevedo Yanez berkata anjing merupakan haiwan istimewa dan hebat kerana mempunyai lebih 3 juta reseptor bau.

Ia berkeupayaan menghidu 50 kali ganda lebih baik daripada manusia dan mampu membantu pasukannya memerangi jangkitan koronavirus di negara berkenaan.

“Peranan pihak kami (polis) adalah untuk bertindak pantas dan membiasakan diri dengan kelaziman baharu.

“Kaedahnya adalah dengan menempatkan anjing-anjing ini di tempat yang sesak seperti di sekolah, terminal bas dan lapangan terbang di mana ia boleh menghidu individu yang mempunyai jangkitan COVID-19 pada peringkat awal.

“Seterusnya, kami akan menahan individu itu dan segera melakukan saringan bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan,” kata Yanez.

Latest articles

Related articles

spot_img