Anifah Tepis Dakwaan Shafie, Hubungi Mohamaddin Bincang Isu Sabah

Pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Anifah Aman berkata perbualannya bersama Datuk Mohamaddin Ketapi hanya berkisar kepada perkembangan keadaan di Sabah.

Ujar bekas menteri luar itu lagi, Ahli Parlimen Silam itu bertanyakan pendapatnya berkenaan jumlah kerusi Sabah dan Sarawak dan apa yang perlu dilakukan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan hak rakyat di kedua-dua negeri terbabit seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan.

Malah Anifah berkata akan menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan kepadanya.

Beliau sekaligus menepis dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa dirinya menghubungi Mohamaddin untuk mengajaknya keluar parti.

Mohammaddin yang juga bekas menteri pelancongan, seni dan budaya itu memberitahu ajakan untuk meninggalkan Warisan adalah satu perkara biasa.

BBerkaitan

Latest articles