More

    Anifah Bidas Tuduhan Shafie Berkenaan Isu Filipina Sengaja Dicetus Semasa PRN

    ‘Tidak masuk akal’, demikian menurut Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berhubung tuduhan isu tuntutan Filipina senagah dipolitikkan ketika Sabah bakal mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

    Terdahulu, ketua menteri sementara, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membidas beberapa pihak yang menurutnya senagaja mencetuskan isu tuntutan negara jiran itu terhadap Sabah.

    Dakwanya isu tuntutan Filipina pasti muncul apabila adanya pilihan raya, dan akan surut sebelum dan selepas pilihan raya.

    Anifah dalam reaksinya berkata isu tuntutan Filipina terhadap Sabah timbul sejak kebelakangan ini akibat kegagalan kepimpinan kerajaan negeri pimpinan Shafie.

    “Sebahagian besar rakyat Sabah percaya beliau (Shafie) sebenarnya salah urus masalah itu beberapa kali. Ketika isu itu timbul, rakyat Sabah berasa bimbang dan cemas.

    “Sebagai pihak berkuasa tertinggi di negeri ini, mereka mengharapkan beliau segera bertindak. Beliau tidak melakukannya, menyebabkan banyak pihak tertanya-tanya sebab beliau berdiam diri,” ujarnya.

    Bekas menteri luar itu juga percaya isu tuntutan Filipina pasti tidak akan hilang begitu sahaja selepas pilihan raya.

    Namun tegasnya, ia berkenaan bagaimana sesebuah kerajaan negeri itu menguruskan konflik yang timbul dan apakah usaha yang diambil untuk mempertahankan kedaulatan negeri dan rakyat itu sendiri.

    “Walaupun jika beliau (Shafie) dijatuhkan dalam pilihan raya ini, tuntutan Filipina tidak akan berhenti.

    “Sebagai ketua menteri Sabah, tidakkah anda rasa beliau seharusnya menjadi orang pertama yang bertindak balas? Beliau boleh memberi alasan bahawa Putrajaya berhak untuk bertindak balas.

    “Tetapi tuntutan itu berkaitan dengan Sabah dan beliau adalah ketua menteri Sabah. Semua orang berpendapat beliau seharusnya bertindak balas terlebih dahulu,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini